Assalamualaikum & Selamat Pagi,
Masa akan tetap berlalu, tanpa henti. Saat demi saat akan berjalan. Usia semakin meningkat. Dan pastinya kita semakin tua. Selagi ada masa, ingatlah tujuan Allah SWT menjadikan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk beribadat kepada-Nya. Tiadalah dijadikan kehidupan ini melainkan untuk melihat siapakah yang mempunyai amalan yang lebih baik. Carilah tiket ke Syurga untuk menemui Pencipta kita Yang Maha Esa.
Hidup ini bukanlah hanya kerja semata-mata. Namun ada komitment lain yang harus di selesaikan.
Berusahalah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah kepada Allah SWT.
KEAJAIBAN HIDUP
mencari keredhaan dan kedamaian dari Ilahi...
Thursday, 14 April 2016
Monday, 28 October 2013
Petikan Buku " Di mana DIA di hatiku?" Pahrol Mohd Juoi
Assalamualaikum,
Salam sejahtera buat anda semua. Moga2 kita semua berada dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Bila membaca buku kadang2 kita terjumpa satu ayat, satu petikan ayat yang kadang2 menyentuh jiwa dan hati kita. Tak semestinya buku itu perlu mahal, kerana nilai sebuah buku itu takkan ternilai oleh harga. Penulis buku yang berbicara dengan kita melalui tulisan pena, penulis yang tidak kita kenali secara dekat.
Di dalam sebuah buku yang bertajuk " Di Mana DIA Di Hatiku" , terdapat satu pesanan daripada Imam Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH S.W.T, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak punyai hati!"
( topik: Dunia di Tangan, Akhirat di Hati, Pahrol Mohd Juoi, mukasurat 12)
Saya berharap, hati saya, dan hati kita semua , agar sentiasa bersama2 ALLAH SWT. Moga2 kasih sayang-NYA sentiasa ada bersama kita semua. Aamiiin

Sunday, 21 July 2013
Terima Kasih Ayah, Kami Menyayangimu
Lirik Terima Kasih Ayah - Opick feat. Adiba Khanza Azzahra (putri Ust Jefri Al Buchori)
Catatanku:
Waktu begitu cepat berlalu
seiring langkah dalam cerita
terbayang wajahmu dalam hatiku
kau adalah kisah yang terindah
dalam lelahmu masih kau tersenyum
dalam duka kau belai aku
dalam sempitmu ajarkanku tegar
Alloh slalu bersamamu
Oh Alloh slalu bersamamu
Ayah..ayah terima kasih
kau beri aku cinta
Ayah..ayah terima kasih
ajarkan aku hidup
waktu begitu cepat berlalu
seiring langkah dalam cerita
terbayang wajahmu dalam hatiku
kau adalah kisah yang terindah
dalam lelahmu masih kau tersenyum
dalam duka kau belai aku
dalam sempitmu ajarkanku tegar
Alloh slalu bersamamu
Oh Alloh slalu bersamamu
Oh Alloh slalu bersamamu
Ayah..ayah terima kasih
kau beri aku cinta
Ayah..ayah terima kasih
ajarkan aku hidup
seiring langkah dalam cerita
terbayang wajahmu dalam hatiku
kau adalah kisah yang terindah
dalam lelahmu masih kau tersenyum
dalam duka kau belai aku
dalam sempitmu ajarkanku tegar
Alloh slalu bersamamu
Oh Alloh slalu bersamamu
Ayah..ayah terima kasih
kau beri aku cinta
Ayah..ayah terima kasih
ajarkan aku hidup
waktu begitu cepat berlalu
seiring langkah dalam cerita
terbayang wajahmu dalam hatiku
kau adalah kisah yang terindah
dalam lelahmu masih kau tersenyum
dalam duka kau belai aku
dalam sempitmu ajarkanku tegar
Alloh slalu bersamamu
Oh Alloh slalu bersamamu
Oh Alloh slalu bersamamu
Ayah..ayah terima kasih
kau beri aku cinta
Ayah..ayah terima kasih
ajarkan aku hidup
Catatanku:
Alhamdulillah, berterimakasihlah kepada ayah kita semua. Selagi mereka masih hidup, sayangilah mereka. Bagi yang sudah tidak punyai ayah, doakanlah mudah-mudahan mereka beroleh kasih-sayang dan rahmat daripada Allah SWT. Selagi nafas masih ada, selagi hidup masih ada doakanlah kebahagiaan mereka dunia dan akhirat. Moga2 kita akan berkumpul di dalam syurga bertemu dengan Allah SWT. Aaamiiin.
Thursday, 24 January 2013
Keajaiban Malam Kurniaan Allah SWT
Assalamualaikum,
Salam kepada anda semua, moga2 kita berada
di atas landasan yang betul menuju kepada Allah SWT. Dalam hidup ini kadang2
kita sering terlupa ke mana arah tujuan dan matlamat sebenar kita. Dunia yang cuma
tempat persinggahan, tempat untuk mencari bekal di akhirat nanti, diusahakan
dengan bersungguh2 sehingga dilupakan langsung tentang kehidupan abadi di
akhirat sana. Ingatlah pada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan ingat dan
sentiasa bersama-samamu.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda: “Tuhan kita Yang Maha Suci lagi Maha Luhur setiap
malam turun ke langit dunia ketika malam tinggal sepertiga terakhir. Dia
berfirman “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan kabulkan
permohonannya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku, maka aku akan kabulkan
permintaannya. Dan barangsiapa yang memohon ampunan kepada-Ku, maka Aku akan
mengampuninya”
Malam yang indah, jika digunakan dengan
sebaik2nya, maka mampu menjadi bekalan yang terbaik untuk kembali kepada-Nya.
Yang lebih agung dan hebat adalah turun-Nya Allah Yang Maha Perkasa, Yang Maha
Penyayang, Yang Maha Mendengar, ke langit dunia , untuk mendengar rintihan,
keluhan, keinginan hamba2-Nya. Allah SWT yang mendengar rintihan dan permintaan
kita, betapa agung dan hebatnya kasih sayang Allah SWT.
(sumber rujukan: Amalan Muslim Sepanjang
Hari)
yop
shah alam
24/01/2013 @ 7.12 am
yop
shah alam
24/01/2013 @ 7.12 am
Saturday, 1 December 2012
Keajaiban Kalimah "Laa haula walaa quwwata illa billaahil 'aliyyil 'azhiim" Yang Mampu Menghilangkan Kebimbangan.
Assalamualaikum. Mudah-mudahan kita semua hidup dalam rahmat Allah SWT, dan moga2 kita mendapat keampunnan-Nya atas segala kesalahan yang kita lakukan.
Suatu kisah yang diambil dari sebuah kitab lama.....
"Pada suatu hari telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menceritakan nasibnya yang selalu tidak habis2 dilanda kebimbangan setiap hari. Bimbang memikirkan tentang perkara ini dan perkara itu. Dengan tersenyum Rasulullah SAW berkata bahawa sememangnya begitu keadaan manusia. Namun hendaklah tahu ubatnya atau rawatannya.
Lalu dianjurkan orang itu mengucapkan "Laa haula walaa quwwata illa billaahil 'aliyyil 'azhiim", maksudnya "Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"
Cubalah anda membaca setiap hari kalimah ini sebanyak 70 kali didalam satu minggu. Insya-Allah akan hilang rasa bimbang dari dalam hati anda.
Setelah beberapa hari kemudian, orang itu kembali lagi kepada Rasulullah SAW menyatakan rasa terima kasihnya, yang mana kini kebimbangannya telah hilang dengan berkat kalimah tersebut.
Moga2 dapat diamalkan oleh kita semua di saat2 kebimbangan atau stress dengan kehidupan dunia yang sementara ini.

Saturday, 11 August 2012
Keajaiban Otak Kita Menjangka Apa Yang Akan Berlaku
Assalamualaikum. Salam Ramadhan , bulan mulia yang sudah hampir meninggalkan kita semua sama ada kita menyedarinya atau tidak.
Kisah ini diambil dari sebuah buku motivasi "The Success Principles" karangan Jack Canfield dan Janet Switzer. Topik kecil daripada buku ini iaitu " Kita Dapat Apa Yang Kita Jangka"
Ceritanya bermula begini...
Suatu waktu dahulu, saintis percaya yang manusia memberikan respons kepada maklumat yang dihantar ke otak dari dunia luar. Namun, hari ini mereka tahu yang otak manusia memberikan respons kepada perkara yang akan berlaku berdasarkan pengalaman pada masa lalu.
Sebagai contoh, satu kumpulan doktor di Texas mengkaji kesan pembedahan lutut artroskopi dengan meletakkan pesakit yang menderita sakit lutut di bawah satu daripada prosedur pembedahan iaitu mengikis sendi lutut, membersihkan sendi lutut, ataupun membiarkannya sahaja, tanpa sebarang tindakan.
Semasa pembedahan olok-olok dengan tiada sebarang tindakan dilakukan, doktor membius pesakit, melakukan tiga insisi ke dalam lutut seolah-olah mahu memasukkan instrumen surgeri dan kemudiannya berpura-pura melakukan pembedahan. Sebaik sahaja 2 tahun selepas pembedahan atau surgeri tersebut, pesakit yang menjalani pembedahan olok2 itu melaporkan kelegaan daripada sakit dan bengkak lutut sama dengan pesakit yang menjalani pembedahan sebenar. Otak kita menjangkakan yang "pembedahan" dapat menyembuhkan lutut yang sakit dan itulah yang terjadi.
Mengapakah otak manusia berfungsi begini? Ahli neuropsikologi yang mengkaji teori jangkaan berkata ini adalah kerana kita menghabiskan masa hidup kita dalam keadaan terlazim (conditioned). Menerusi peristiwa yang berlaku sepanjang hayat kita, otak kita sebenarnya belajar menjangkakan keadaan yang akan berlaku, sama ada ia benar2 berlaku ataupun tidak. Dan , disebabkan otak kita menjangkakan sesuatu akan berlaku dalam cara tertentu, kita sering mendapat apa yang kita duga.
Oleh itu, penting bagi kita menyimpan jangkaan positif (sangkaan baik) dalam minda. Apabila kita menggantikan jangkaan negatif (sangkaan buruk) dengan sangkaan baik, apabila kita mula percaya apa sahaja bukan mustahil, otak kita mula mengambil alih tugas menyempurnakan semua kemungkinan buat kita. Malah lebih baik daripada itu, otak kita mula menjangkakan hasil yang kita duga.
"Apa sahaja yang dapat dibayangkan dan diyakini oleh minda, ia dapat dicapai" Napoleon Hill.
Percayalah otak atau minda kurniaan Allah SWT ini amat hebat kuasanya. Kita sebagai orang Islam hendaklah sentiasa berfikiran positif dan
sentiasalah memohon pertolongan daripada Allah SWT. Kerana hanya Allah SWT yang lebih mengetahui segala-galanya. Ingatlah Allah SWT ketika senang, mudah-mudahan Allah SWT akan membantumu ketika engkau di dalam kesusahan. Ucapkan lah syukur atas setiap nafas yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Hidupku matiku hanya kerana-MU, Ya Allah.
Sunday, 1 July 2012
Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum
Assalamualaikum,
Selamat Pagi. Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha Pengampun, Keampunan-Nya yang meliputi seluas langit dan bumi.
Berkaitan dengan dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata " Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"
Berkata Imam Ghazali lagi, barangsiapa ketika mengalami kesusahan dan menghadapi berbagai masalah maka hendaklah memperbanyak membaca; "Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghisu" - Maksudnya "Wahai Zat Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan segala rahmat Engkaulah aku memohon bantuan"
Dua asma Allah SWT yang teramat agung ini sememangnya terdapat di dalam ayat Kursi. Untuk itu barangsiapa membaca dua asma Allah SWT (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) sebanyak 1000 kali setiap kali selesai solat Isya'. Dengan izin Allah Yang Maha Agung maka dia akan mendapat seperti berikut:

- Banyak wang
- Didengar dan ditaati segala perkataannya
- Mendapat kasih sayang daripada perempuan dan juga lelaki
- Diberi kekayaan
- Mendapat kebahagiaan, kemuliaan, dan kewibawaan
- Dijauhkan dari bala dan bencana alam
- Dijauhkan dari penipuan, muslihat musuh dan lain2 yang sebangsa dengannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)