Showing posts with label Amalan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Amalan Hidup. Show all posts

Saturday, 1 December 2012

Keajaiban Kalimah "Laa haula walaa quwwata illa billaahil 'aliyyil 'azhiim" Yang Mampu Menghilangkan Kebimbangan.

Assalamualaikum. Mudah-mudahan kita semua hidup dalam rahmat Allah SWT, dan moga2 kita mendapat keampunnan-Nya atas segala kesalahan yang kita lakukan.

Suatu kisah yang diambil dari sebuah kitab lama.....

"Pada suatu hari telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menceritakan nasibnya yang selalu tidak habis2 dilanda kebimbangan setiap hari. Bimbang memikirkan tentang perkara ini dan perkara itu. Dengan tersenyum Rasulullah SAW berkata bahawa sememangnya begitu keadaan manusia. Namun hendaklah tahu ubatnya atau rawatannya.


Lalu dianjurkan orang itu mengucapkan "Laa haula walaa quwwata illa billaahil 'aliyyil 'azhiim", maksudnya "Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"

Cubalah anda membaca setiap hari kalimah ini sebanyak 70 kali didalam satu minggu. Insya-Allah akan hilang rasa bimbang dari dalam hati anda.

Setelah beberapa hari kemudian, orang itu kembali lagi kepada Rasulullah SAW menyatakan rasa terima kasihnya, yang mana kini kebimbangannya telah hilang dengan berkat kalimah tersebut.

Moga2 dapat diamalkan oleh kita semua di saat2 kebimbangan atau stress dengan kehidupan dunia yang sementara ini.

Sunday, 1 July 2012

Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum

Assalamualaikum,

Selamat Pagi. Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha Pengampun, Keampunan-Nya yang meliputi seluas langit dan bumi.

Berkaitan dengan dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata " Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"

Berkata Imam Ghazali lagi, barangsiapa ketika mengalami kesusahan dan menghadapi berbagai masalah maka hendaklah memperbanyak membaca; "Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghisu" - Maksudnya "Wahai Zat Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan segala rahmat Engkaulah aku memohon bantuan"


Dua asma Allah SWT yang teramat agung ini sememangnya terdapat di dalam ayat Kursi. Untuk itu barangsiapa membaca dua asma Allah SWT (Ya Hayyu Ya Qoyyum - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) sebanyak 1000 kali setiap kali selesai solat Isya'. Dengan izin Allah Yang Maha Agung maka dia akan mendapat seperti berikut:
  1. Banyak wang
  2. Didengar dan ditaati segala perkataannya
  3. Mendapat kasih sayang daripada perempuan dan juga lelaki
  4. Diberi kekayaan
  5. Mendapat kebahagiaan, kemuliaan, dan kewibawaan
  6. Dijauhkan dari bala dan bencana alam
  7. Dijauhkan dari penipuan, muslihat musuh dan lain2 yang sebangsa dengannya.
Beramal dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT, mudah-mudahan dengan keikhlasan kita itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan mendapat fadhilat dan khasiat2 yang tersebut diatas. Amalkan lah apa yang terdaya, dan latihlah agar ikhlas dalam beribadat.

Saturday, 30 June 2012

Keajaiban dan Khasiat Basmalah

Assalamualaikum,

Betapa waktu takkan berhenti, siang dan malam silih berganti. Makin hari makin hampir waktu untuk bertemu Allah Yang Maha Esa. Moga mendapat rahmat Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani dalam mencari Syurga yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Penyayang.

Satu kalimah yang cukup mudah disebut tapi tak semua mampu mengamalkannya. Kalimah Basmalah.

Berikut adalah keajaiban dan khasiat Basmalah moga2 dapat kita amalkan mana yang termampu.

  1. Bacalah sebanyak 21 kali sewaktu ingin tidur malam. Maka InsyaAllah akan melindungi diri daripada syaitan yang direjam, kecurian, kebakaran, kejahatan manusia dan jin, mati mendadak dan lain2 bala bencana.
  2. Bacalah sebanyak 786 kali pada segelas air diwaktu malam hari, lalu pada waktu paginya sewaktu matahari terbit diminumkan kepada orang yang bebal hatinya, maka Insya Allah akan hilang bebalnya. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 hari berturut2.
  3. Bacalah sebanyak 41 kali ke atas telinga orang yang tidak sedar. Maka Insya Allah akan kembali sedar.
Begitulah khasiat Basmalah, maka hendaklah kita beramal dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Bacalah dengan yakin kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT.

Seterusnya saya ingin mengambil petikan daripada sebuah risalah iaitu "  Berkata Al-Ustaz Muhammad Haqqy Annazily; di dalam kitabnya Khozinatul-Asror. hal 90. Sesungguhnya Allah Taala mempunyai 3000 nama (Islam). 1000 nama cuma dikenal oleh para Nabi-Nabi, 300 nama berada dalam Taurat. 300 nama di dalam Injil, 300 nama di dalam Zabur, dan 99 nama di dalam Al-Quran, dan tinggal satu nama berada pada Allah SWT. Kemudian makna dari 3000 nama ini berada di dalam 3 nama Tuhan iaitu terhimpun di dalam Bismillahirrohmanirrohiim."

Sunday, 15 January 2012

Doa Abu Darda ra. untuk Menyelamatkan Diri dan Harta dari Malapetaka

Talha ra. meriwayatkan, "Seorang telah datang kepada Abu Darda ra. dan memberitahu bahawa rumah beliau telah terbakar."
Kemudian datang seorang lagi lelaki dan memberitahu hal yang sama, malah jawapan Abu Darda' ra. sama seperti sebelum ini.
Kali keempat datang seorang yang lain: "Wahai Abu Darda', api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah kamu, ia telah padam."
Abu Darda' ra. menjawab:
  "Saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan membakar rumah saya kerana Rasulullah SAW telah mengajar saya satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala sehingga waktu petang. Maka saya yakin rumah saya tidak akan terbakar"

 
Maksudnya:
“Ya Allah! Hanya Engkau Tuhanku. Tiada Tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Engkau. Aku berserah diri kepada-Mu. Engkaulah Tuhan Arasy yang agung. Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti terjadi dan sesuatu yang tidak tentukan pasti tidak akan terjadi. Tiada daya dan upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku yakin bahawa Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan bahawa sesungguhnya ilmu Allah tetap meliputi akan setiap sesuatu. Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan setiap makhluk yang bergerak di muka bumi, Engkau jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”

Wednesday, 26 October 2011

Zikir Yang Berlipat Kali Ganda Timbangan

Suatu ketika, Rasulullah S.A.W melihat Juwairiyah duduk di suatu tempat dan berzikir kepada Allah. Rasulullah S.A.W pergi kemudian datang kembali dan melihat Juwairiyahmasih terus berzikir.

Melihat hal yang demikian, Rasulullah S.A.W berkata kepadanya:
"Setelah melihat engkau berzikir tadi, aku sudah menyebut empat kalimat sebanyak tiga kali (3X). Kalau ditimbang apa yang engkau baca, sudah tentu sama timbangannya. Zikir yang kubaca tadi ialah:

(H.R Muslim)