Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Petikan Buku " Di mana DIA di hatiku?" Pahrol Mohd Juoi

Assalamualaikum,

Salam sejahtera buat anda semua. Moga2 kita semua berada dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Bila membaca buku kadang2 kita terjumpa satu ayat, satu petikan ayat yang kadang2 menyentuh jiwa dan hati kita. Tak semestinya buku itu perlu mahal, kerana nilai sebuah buku itu takkan ternilai oleh harga. Penulis buku yang berbicara dengan kita melalui tulisan pena, penulis yang tidak kita kenali secara dekat.

Di dalam sebuah buku yang bertajuk " Di Mana DIA Di Hatiku" , terdapat satu pesanan daripada Imam Ghazali:

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH S.W.T, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak punyai hati!"
 ( topik: Dunia di Tangan, Akhirat di Hati, Pahrol Mohd Juoi, mukasurat 12)

 Saya berharap, hati saya, dan hati kita semua , agar sentiasa bersama2 ALLAH SWT. Moga2 kasih sayang-NYA sentiasa ada bersama kita semua. Aamiiin 

Sunday, 21 July 2013

Terima Kasih Ayah, Kami Menyayangimu

Lirik  Terima Kasih Ayah - Opick feat. Adiba Khanza Azzahra (putri Ust Jefri Al Buchori)

Waktu begitu cepat berlalu
seiring langkah dalam cerita
terbayang wajahmu dalam hatiku
kau adalah kisah yang terindah

dalam lelahmu masih kau tersenyum
dalam duka kau belai aku
dalam sempitmu ajarkanku tegar
Alloh slalu bersamamu
Oh Alloh slalu bersamamu

Ayah..ayah terima kasih
kau beri aku cinta
Ayah..ayah terima kasih
ajarkan aku hidup

waktu begitu cepat berlalu
seiring langkah dalam cerita
terbayang wajahmu dalam hatiku
kau adalah kisah yang terindah

dalam lelahmu masih kau tersenyum
dalam duka kau belai aku
dalam sempitmu ajarkanku tegar
Alloh slalu bersamamu
Oh Alloh slalu bersamamu
Oh Alloh slalu bersamamu

Ayah..ayah terima kasih
kau beri aku cinta
Ayah..ayah terima kasih
ajarkan aku hidup


Catatanku: 
Alhamdulillah, berterimakasihlah kepada ayah kita semua. Selagi mereka masih hidup, sayangilah mereka. Bagi yang sudah tidak punyai ayah, doakanlah mudah-mudahan mereka beroleh kasih-sayang dan rahmat daripada Allah SWT. Selagi nafas masih ada, selagi hidup masih ada doakanlah kebahagiaan mereka dunia dan akhirat. Moga2 kita akan berkumpul di dalam syurga bertemu dengan Allah SWT. Aaamiiin.

Saturday, 11 August 2012

Keajaiban Otak Kita Menjangka Apa Yang Akan Berlaku

Assalamualaikum. Salam Ramadhan , bulan mulia yang sudah hampir meninggalkan kita semua sama ada kita menyedarinya atau tidak.



Kisah ini diambil dari sebuah buku motivasi "The Success Principles" karangan Jack Canfield dan Janet Switzer. Topik kecil daripada buku ini iaitu " Kita Dapat Apa Yang Kita Jangka"

Ceritanya bermula begini...

Suatu waktu dahulu, saintis percaya yang manusia memberikan respons kepada maklumat yang dihantar ke otak dari dunia luar. Namun, hari ini mereka tahu yang otak manusia memberikan respons kepada perkara yang akan berlaku berdasarkan pengalaman pada masa lalu.

Sebagai contoh, satu kumpulan doktor di Texas mengkaji kesan pembedahan lutut artroskopi dengan meletakkan pesakit yang menderita sakit lutut di bawah satu daripada prosedur pembedahan iaitu mengikis sendi lutut, membersihkan sendi lutut, ataupun membiarkannya sahaja, tanpa sebarang tindakan.

Semasa pembedahan olok-olok  dengan tiada sebarang tindakan dilakukan, doktor membius pesakit, melakukan tiga insisi ke dalam lutut seolah-olah mahu memasukkan instrumen surgeri dan kemudiannya berpura-pura melakukan pembedahan. Sebaik sahaja 2 tahun selepas pembedahan atau surgeri tersebut, pesakit yang menjalani pembedahan olok2 itu melaporkan kelegaan daripada sakit dan bengkak lutut sama dengan pesakit yang menjalani pembedahan sebenar. Otak kita menjangkakan yang "pembedahan" dapat menyembuhkan lutut yang sakit dan itulah yang terjadi.

Mengapakah otak manusia berfungsi begini? Ahli neuropsikologi yang mengkaji teori jangkaan berkata ini adalah kerana kita menghabiskan masa hidup kita dalam keadaan terlazim (conditioned). Menerusi peristiwa yang berlaku sepanjang hayat kita, otak kita sebenarnya belajar menjangkakan keadaan yang akan berlaku, sama ada ia benar2 berlaku ataupun tidak. Dan , disebabkan otak kita menjangkakan sesuatu akan berlaku dalam cara tertentu, kita sering mendapat apa yang kita duga.

Oleh itu, penting bagi kita menyimpan jangkaan positif (sangkaan baik) dalam minda. Apabila kita menggantikan jangkaan negatif (sangkaan buruk) dengan sangkaan baik, apabila kita mula percaya apa sahaja bukan mustahil, otak kita mula mengambil alih tugas menyempurnakan semua kemungkinan buat kita. Malah lebih baik daripada itu, otak kita mula menjangkakan hasil yang kita duga.

"Apa sahaja yang dapat dibayangkan dan diyakini oleh minda, ia dapat dicapai" Napoleon Hill.

Percayalah otak atau minda kurniaan Allah SWT ini amat hebat kuasanya. Kita sebagai orang Islam hendaklah sentiasa berfikiran positif dan sentiasalah  memohon pertolongan daripada Allah SWT. Kerana hanya Allah SWT yang lebih mengetahui segala-galanya. Ingatlah Allah SWT ketika senang, mudah-mudahan Allah SWT akan membantumu ketika engkau di dalam kesusahan. Ucapkan lah syukur atas setiap nafas yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Hidupku matiku hanya kerana-MU, Ya Allah.

Saturday, 18 February 2012

Sepucuk Surat dari Ibu dan Ayah

Suatu ketika ibu dan ayah sudah mulai tua.. Fahamilah mereka.. kerana takkan mungkin waktu kan berulang kembali..

Saturday, 14 January 2012

Lakukan Saja!!! Selagi Terdaya!!!

Assalamualaikum.. Lakukan Saja!!! satu ungkapan yang mudah tapi agar sukar untuk dilaksanakan. Kadang2 kita tidak perlu berfikir terlalu lama untuk melakukan sesuatu. Yang penting adalah matlamat dan tindakan kita untuk mencapainya.
Tak semestinya setiap perkara yang kita lakukan akan memberikan hasil yang baik. Tetapi gagal selepas berusaha lebih baik daripada tidak mencuba ape2 pun.

Tapi selagi mana kita punya akal, selagi mana kita punya upaya, selagi itulah kita perlu berusaha. Rezeki itu milik Allah SWT. Jadi mintalah kepadaNYA. Begitu juga umur kita, semuanya milik Allah SWT. Gunakanlah dengan sebaik2nya.
Sebagaimana kita mencari bekalan kita di dunia, sebagaimana itu jugalah kita perlu mencari bekalan di Akhirat. Hidup tidak lama, setiap detik berlalu, setiap detik itu juga umur kita semakin pendek.
Lakukan sahaja apa yang termampu hari ini, kerana berjaya atau gagal bukan ukurannya, tetapi setiap amal yang baik itu tentu ada tempatnya di sisi Allah SWT.

Wednesday, 2 November 2011

Hidup dan Nasib Anda

Hidup anda, sudah tentu anda yang mampu mengubahnya..
Hidup anda, sudah tentu anda yang merancangnya..
Hidup anda, sudah tentu anda yang lebih tahu..
Hidup anda, sudah tentu ada keajaiban daripada Allah Yang Maha Penyayang..

Sedikit sedutan yang dapat yang kita pikir2kan, daripada buku "The Magic of  Thinking Big"

Apabila berlaku kemalangan udara, adakah pihak yang bertanggungjawab akan berkata "Tuan-tuan, kami mahu maklumkan yang terdapat kemalangan udara. Apa boleh buat, sudah nasib."

Di dalam Discovery Channel terdapat satu dokumentari mengenai " Seconds From Disaster", terdapat satu badan yang akan mengkaji setiap kemalangan udara yang berlaku. Setiap bukti kemalangan dikaji dan disiasat sehinggalah menemui jawapan, kenapa kemalangan tersebut terjadi. Adakah tekanan udara di dalam tidak stabil, adakah penyelenggaraan kapal terbang tidak dilakukan seperti yang sepatutnya.

Satu lagi situasi yang tak mungkin kita akan dengar dari mulut seorang doktor "Maafkan saya, saya tidak tahu apa yang sudah berlaku. Sudah ditakdirkan dia meninggal dunia. Sudah nasib dia"



Pasti doktor akan memberitahu akan sebab2 kematian pesakit2 yang dirawatnya. Kanser, pendarahan berlebihan, dan sebagainya. Setiap sesuatu ada sebabnya.

Jangan gunakan nasib sebagai alasan, kerana akal fikiran dikurniakan oleh Allah SWT supaya kita mampu membuat pilihan. Setiap kegagalan tentu ada sebabnya, carilah sebabnya dan perbaikilah kelemahan. Nikmatilah hidup ini, dan berdoalah pada Allah Yang Maha Berkuasa agar kita mampu mencari kunci ke Syurga. 

Sunday, 9 October 2011

Speech given by, Bryan Dyson – Former CEO of Coca Cola

“Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. You name them – Work, Family, Health, Friends and Spirit and you’re keeping all of these in the air.
You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back. But the other four balls – Family, Health, Friends and Spirit – are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it.
Work efficiently during office hours and leave on time. Give the required time to your family, friends and have proper rest. Value has a value only if its value is valued.”

Wednesday, 5 October 2011

Keajaiban Hidup

Hidup ini indah bagi yang tahu menghargainya
Hidup ini keajaiban daripada Allah SWT