Thursday, 27 October 2011

Gempa Bumi di Turki , 23 Oktober 2011

Gempa bumi semakin menjadi2 sejak akhir2 ini.. Adakah alam ini sudah semakin tua? Adakah kiamat sudah menghitung harinya? Moga2 manusia mampu mengambil pengajaran dan peringatan.. Berikut adalah sedutan dari akhbar Utusan Malaysia:

"
ERCIS, Turki 24 Okt. - Lebih 270 orang maut dan beratus orang lagi masih hilang serta dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi di timur negara ini semalam.

Pekerja perkhidmatan kecemasan dan mereka yang terselamat berusaha memindahkan runtuhan menggunakan penyodok dan tangan selepas bangunan-bangunan dan jalan raya runtuh dalam gempa sekuat 7.2 pada skala Richter itu, sejak kejadian berkenaan berlaku.

Di bandar Ercis, penyelamat cuba mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit.

''Sabar, sabar,'' kata mereka kepada budak yang menangis itu.

Tangan seorang dewasa yang memakai cincin perkahwinan dapat dilihat beberapa sentimeter dari depan muka kanak-kanak itu.

Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata, seramai 120 orang maut di bandar ini dan 100 orang lagi terbunuh di bandar Van, kira-kira 100 kilometer selatan Ercis.

Jumlah kematian tersebut dijangka terus meningkat.
Idris kini menyelia usaha mencari dan menyelamat di Ercis berkata, 1,090 orang cedera manakala beratus-ratus lagi masih hilang.

Usaha menyelamat terganggu apabila bekalan elektrik terputus ekoran kabel elektrik ke bandar dan kampung di kawasan padang rumput Anatolia berdekatan sempadan Iran rosak dalam kejadian itu.
Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, jumlah orang yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di bandar-bandar yang dilanda gempa bumi itu masih belum diketahui.

Beliau melahirkan kebimbangan keadaan lebih buruk akan berlaku ke atas penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.

''Bangunan di sana diperbuat daripada bata jemur, ia lebih mudah runtuh ekoran gempa bumi. Kemungkinan semua bangunan di sana runtuh dan musnah,'' ujarnya di Van semalam. - Reuters"

 Orang ramai melihat pasukan penyelamat menggunakan jentolak bagi mencari mangsa dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Van, timur Turki, semalam. - AFP

(sumber:Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment