Assalamualaikum,
Imam Ghazali mengumpulkan Hadis-hadis Qudsi buat manfaat kita semua, dalam mengenal erti hidup, mengingati kematian serta betapa pentingnya kita mengenal Allah SWT yang telah mencipta kita, dan mengurniakan setiap detik nafas kehidupan bagi kita. Mudah-mudahan mampu kita sama-sama mengambil pengajaran daripada Hadis-hadis Qudsi ini. Insya-Allah ..
Allah
SWT berfirman:
Maksudnya:
“Wahai
sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu
akan kembali kepada diri kamu. Wahai manusia, tujuh lapis langit berada di
udara tanpa tiang, hanya dengan satu nama daripada nama-nama-Ku, tetapi hati
kamu tidak tetap walaupun dengan seribu pengajaran daripada kitab-Ku.”
“Wahai
Manusia, sebagaimana halnya batu tidak akan menjadi lembut disebabkan air, maka
demikian jugalah hati yang keras tidak akan berguna baginya sebarang nasihat.
Wahai manusia, bagaimanakah kamu mengakui bahawa kamu adalah hamba Allah SWT,
kemudian kamu masih menderhakai-Nya; dan bagaimanakah kamu mengetahui bahawa
maut itu pasti tiba, tetapi kamu cuba menghindarinya?
Betapa kamu tega mengatakan sesuatu yang kamu tidak punya pengetahuan tentangnya, dan kamu menyangkanya hal yang kecil, sedangkan di sisi Allah SWT ia adalah hal yang besar?”
Betapa kamu tega mengatakan sesuatu yang kamu tidak punya pengetahuan tentangnya, dan kamu menyangkanya hal yang kecil, sedangkan di sisi Allah SWT ia adalah hal yang besar?”
No comments:
Post a Comment