Thursday 27 October 2011

Banjir di Bangkok

Alam terus berbicara. Namun siapa yang mampu mentafsirkannya? Banjir di ibu negara Thailand Bangkok yang belum menemui kesudahannya. Sistem pengairan manusia takkan mampu melawan kuasa Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Ambillah pengajaran, selagi punya waktu, gunalah akal untuk berfikir, bukan dunia matlamat utama, carilah keredhaan dan mohonlah pertolongan daripada Allah Yang Maha Berkuasa, lagi Maha Mengasihani...

BANGKOK 23 Okt. - Tujuh daerah di Bangkok terus ditenggelami air sedalam 30 sentimeter awal hari ini, sementara pihak berkuasa memberi amaran banjir di ibu negara Thailand ini dijangka berlarutan selama beberapa minggu lagi.

Sesetengah jalan di daerah Don Muang, utara Thai, menjadi laluan air yang digunakan oleh bot-bot kecil, dengan paras air setinggi tayar kereta, tetapi lapangan terbang domestik masih beroperasi.
Beberapa kilometer ke barat daya pusat bandar raya Bangkok, jentera berat digunakan untuk mengukuhkan benteng sebatang terusan yang menyilangi jalan utama, Chang Wattana Road.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata, paras air di Bangkok dijangka naik kepada satu meter.
Beliau memberi amaran kepada penduduk, beberapa bahagian Bangkok akan ditenggelami air dan penduduk perlu menjangka banjir berterusan empat hingga enam minggu lagi.

Lebuh raya akan terus dibuka dan kerajaan akan melindungi sistem bekalan air minum, loji tenaga dan bangunan-bangunan penting di ibu negara, katanya.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata, paras air meningkat lebih dua meter di sepanjang Sungai Chao Phraya yang mengalir di kawasan yang padat dengan penduduk di Bangkok.

Banjir yang bermula di utara Thailand pada Julai lalu mendatangkan kemusnahan meluas sepanjang laluannya menghala ke selatan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 356 orang terkorban, manakala dua lagi masih hilang, menurut Pusat Pencegahan Bencana Negara, semalam.

Lebih 40 daripada 78 wilayah di Thailand ditenggelami air, termasuk tujuh kawasan perindustrian yang menjejaskan hampir 400,000 pekerja, dan 75 jalan raya di kawasan luar bandar.

Menteri Kesihatan Awam, Wittiya Buranasiri berkata, 720,000 kes penyakit berkaitan banjir dilaporkan di seluruh negara, dengan hampir 100,000 orang dirawat kerana stres. - dpa

Beratus-ratus kenderaan terperangkap di sebatang jalan raya di kota Bangkok akibat banjir, semalam. - AFP

(Sumber:Utusan Malaysia 23 Oktober 2011)

Gempa Bumi di Turki , 23 Oktober 2011

Gempa bumi semakin menjadi2 sejak akhir2 ini.. Adakah alam ini sudah semakin tua? Adakah kiamat sudah menghitung harinya? Moga2 manusia mampu mengambil pengajaran dan peringatan.. Berikut adalah sedutan dari akhbar Utusan Malaysia:

"
ERCIS, Turki 24 Okt. - Lebih 270 orang maut dan beratus orang lagi masih hilang serta dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi di timur negara ini semalam.

Pekerja perkhidmatan kecemasan dan mereka yang terselamat berusaha memindahkan runtuhan menggunakan penyodok dan tangan selepas bangunan-bangunan dan jalan raya runtuh dalam gempa sekuat 7.2 pada skala Richter itu, sejak kejadian berkenaan berlaku.

Di bandar Ercis, penyelamat cuba mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit.

''Sabar, sabar,'' kata mereka kepada budak yang menangis itu.

Tangan seorang dewasa yang memakai cincin perkahwinan dapat dilihat beberapa sentimeter dari depan muka kanak-kanak itu.

Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata, seramai 120 orang maut di bandar ini dan 100 orang lagi terbunuh di bandar Van, kira-kira 100 kilometer selatan Ercis.

Jumlah kematian tersebut dijangka terus meningkat.
Idris kini menyelia usaha mencari dan menyelamat di Ercis berkata, 1,090 orang cedera manakala beratus-ratus lagi masih hilang.

Usaha menyelamat terganggu apabila bekalan elektrik terputus ekoran kabel elektrik ke bandar dan kampung di kawasan padang rumput Anatolia berdekatan sempadan Iran rosak dalam kejadian itu.
Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, jumlah orang yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di bandar-bandar yang dilanda gempa bumi itu masih belum diketahui.

Beliau melahirkan kebimbangan keadaan lebih buruk akan berlaku ke atas penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.

''Bangunan di sana diperbuat daripada bata jemur, ia lebih mudah runtuh ekoran gempa bumi. Kemungkinan semua bangunan di sana runtuh dan musnah,'' ujarnya di Van semalam. - Reuters"

 Orang ramai melihat pasukan penyelamat menggunakan jentolak bagi mencari mangsa dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Van, timur Turki, semalam. - AFP

(sumber:Utusan Malaysia)

Wednesday 26 October 2011

Zikir Yang Berlipat Kali Ganda Timbangan

Suatu ketika, Rasulullah S.A.W melihat Juwairiyah duduk di suatu tempat dan berzikir kepada Allah. Rasulullah S.A.W pergi kemudian datang kembali dan melihat Juwairiyahmasih terus berzikir.

Melihat hal yang demikian, Rasulullah S.A.W berkata kepadanya:
"Setelah melihat engkau berzikir tadi, aku sudah menyebut empat kalimat sebanyak tiga kali (3X). Kalau ditimbang apa yang engkau baca, sudah tentu sama timbangannya. Zikir yang kubaca tadi ialah:

(H.R Muslim)

Sunday 9 October 2011

Speech given by, Bryan Dyson – Former CEO of Coca Cola

“Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. You name them – Work, Family, Health, Friends and Spirit and you’re keeping all of these in the air.
You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back. But the other four balls – Family, Health, Friends and Spirit – are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it.
Work efficiently during office hours and leave on time. Give the required time to your family, friends and have proper rest. Value has a value only if its value is valued.”

Wednesday 5 October 2011

Keajaiban Hidup

Hidup ini indah bagi yang tahu menghargainya
Hidup ini keajaiban daripada Allah SWT