Saturday 30 June 2012

Keajaiban dan Khasiat Basmalah

Assalamualaikum,

Betapa waktu takkan berhenti, siang dan malam silih berganti. Makin hari makin hampir waktu untuk bertemu Allah Yang Maha Esa. Moga mendapat rahmat Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani dalam mencari Syurga yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Penyayang.

Satu kalimah yang cukup mudah disebut tapi tak semua mampu mengamalkannya. Kalimah Basmalah.

Berikut adalah keajaiban dan khasiat Basmalah moga2 dapat kita amalkan mana yang termampu.

  1. Bacalah sebanyak 21 kali sewaktu ingin tidur malam. Maka InsyaAllah akan melindungi diri daripada syaitan yang direjam, kecurian, kebakaran, kejahatan manusia dan jin, mati mendadak dan lain2 bala bencana.
  2. Bacalah sebanyak 786 kali pada segelas air diwaktu malam hari, lalu pada waktu paginya sewaktu matahari terbit diminumkan kepada orang yang bebal hatinya, maka Insya Allah akan hilang bebalnya. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 hari berturut2.
  3. Bacalah sebanyak 41 kali ke atas telinga orang yang tidak sedar. Maka Insya Allah akan kembali sedar.
Begitulah khasiat Basmalah, maka hendaklah kita beramal dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Bacalah dengan yakin kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT.

Seterusnya saya ingin mengambil petikan daripada sebuah risalah iaitu "  Berkata Al-Ustaz Muhammad Haqqy Annazily; di dalam kitabnya Khozinatul-Asror. hal 90. Sesungguhnya Allah Taala mempunyai 3000 nama (Islam). 1000 nama cuma dikenal oleh para Nabi-Nabi, 300 nama berada dalam Taurat. 300 nama di dalam Injil, 300 nama di dalam Zabur, dan 99 nama di dalam Al-Quran, dan tinggal satu nama berada pada Allah SWT. Kemudian makna dari 3000 nama ini berada di dalam 3 nama Tuhan iaitu terhimpun di dalam Bismillahirrohmanirrohiim."