Wednesday 2 November 2011

Hidup dan Nasib Anda

Hidup anda, sudah tentu anda yang mampu mengubahnya..
Hidup anda, sudah tentu anda yang merancangnya..
Hidup anda, sudah tentu anda yang lebih tahu..
Hidup anda, sudah tentu ada keajaiban daripada Allah Yang Maha Penyayang..

Sedikit sedutan yang dapat yang kita pikir2kan, daripada buku "The Magic of  Thinking Big"

Apabila berlaku kemalangan udara, adakah pihak yang bertanggungjawab akan berkata "Tuan-tuan, kami mahu maklumkan yang terdapat kemalangan udara. Apa boleh buat, sudah nasib."

Di dalam Discovery Channel terdapat satu dokumentari mengenai " Seconds From Disaster", terdapat satu badan yang akan mengkaji setiap kemalangan udara yang berlaku. Setiap bukti kemalangan dikaji dan disiasat sehinggalah menemui jawapan, kenapa kemalangan tersebut terjadi. Adakah tekanan udara di dalam tidak stabil, adakah penyelenggaraan kapal terbang tidak dilakukan seperti yang sepatutnya.

Satu lagi situasi yang tak mungkin kita akan dengar dari mulut seorang doktor "Maafkan saya, saya tidak tahu apa yang sudah berlaku. Sudah ditakdirkan dia meninggal dunia. Sudah nasib dia"



Pasti doktor akan memberitahu akan sebab2 kematian pesakit2 yang dirawatnya. Kanser, pendarahan berlebihan, dan sebagainya. Setiap sesuatu ada sebabnya.

Jangan gunakan nasib sebagai alasan, kerana akal fikiran dikurniakan oleh Allah SWT supaya kita mampu membuat pilihan. Setiap kegagalan tentu ada sebabnya, carilah sebabnya dan perbaikilah kelemahan. Nikmatilah hidup ini, dan berdoalah pada Allah Yang Maha Berkuasa agar kita mampu mencari kunci ke Syurga.