Thursday 24 January 2013

Keajaiban Malam Kurniaan Allah SWT



Assalamualaikum,


Salam kepada anda semua, moga2 kita berada di atas landasan yang betul menuju kepada Allah SWT. Dalam hidup ini kadang2 kita sering terlupa ke mana arah tujuan dan matlamat sebenar kita. Dunia yang cuma tempat persinggahan, tempat untuk mencari bekal di akhirat nanti, diusahakan dengan bersungguh2 sehingga dilupakan langsung tentang kehidupan abadi di akhirat sana. Ingatlah pada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan ingat dan sentiasa bersama-samamu.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tuhan kita Yang Maha Suci lagi Maha Luhur setiap malam turun ke langit dunia ketika malam tinggal sepertiga terakhir. Dia berfirman “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan kabulkan permohonannya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku, maka aku akan kabulkan permintaannya. Dan barangsiapa yang memohon ampunan kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya”

Malam yang indah, jika digunakan dengan sebaik2nya, maka mampu menjadi bekalan yang terbaik untuk kembali kepada-Nya. Yang lebih agung dan hebat adalah turun-Nya Allah Yang Maha Perkasa, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Mendengar, ke langit dunia , untuk mendengar rintihan, keluhan, keinginan hamba2-Nya. Allah SWT yang mendengar rintihan dan permintaan kita, betapa agung dan hebatnya kasih sayang Allah SWT.



(sumber rujukan: Amalan Muslim Sepanjang Hari)

yop
shah alam
24/01/2013 @ 7.12 am

No comments:

Post a Comment